Alhamdulilah dah seminggu kita jalani ibadat puasa, cuma bulan puasa ni kita santai-santai je la buat kerja-kerja DIY di KoorusHouse ni. Minggu ni kita layan indoor je la menyiapkan pintu kabinet dapur dan kabinet peralatan elekrikal. Awal pagi sementara cuaca redup boleh tanam pokok peria kata dan timun jepun. Ini pokok rock melon tanam kat polybag, nanti kita rambatkan kat pagar. Tanam pokok durian kampung, inshaa Allah nanti dah besar baru kita kahwin la. Alhamdulilah pokok anggur pun dah meriah keluar buah. Setakat ini dulu perkembangan KoorusHouse untuk kali ini, inshaa Allah ada akan bersambung lagi. Wassalam.
Minggu ni KoorusHouse sempat update untuk cuba siapkan kolam ikan mini ala cowboy je. Memandangkan sehari dua ni ada hujan, alhamdulilah dapat lah penuhkan air dalam kolam ikan min ini. Berikut gambar-gambar kolam ikan mini KoorusHouse . Alhamdulilah dapat anak pokok teratai dari jiran KoorusHouse yang bernama Pak Alil. Kebetulan sehari dua ada hujan yang agak lebat dapat la penuhkan air. Buat masa ni kita biarkan dulu tengok mana tau ada bocor. Inshaa Allah kalau semuanya ok, dalam minggu depan boleh la masukkan anak-anak ikan talapia & keli. Inshaa Allah nanti bersambung untuk sistem bog filter dan water pam untuk ala2 waterfall le...hehe
Projek pembinaan KoorusHouse@tinyhouse fasa 1 secara DIY ini dimulakan pada 14/7/2023. Pembinaan dengan menggunakan meterial seperti c channel untuk rangka dan simen board. Tiny House yang berkonsep low cost iaitu seperti rumah kebun dengan hanya menggunakan sumber air hujan dan tenaga solar. Lokasi KoorusHouse adalah beralamat: Lot 2177, Jalan Khamis , Meru, 41050 Klang, Selangor, Malaysia. Berikut adalah gambar-gambar pembinaan KoorusHouse ini. Meratakan batu 3/4.. Memasang rangka frame lantai KoorusHouse ... Selfie dulu di terik mentari...huhu Alhamdulilah merangka frame lantai dah selesai.... Mula kerja-kerja membuat frame dinding KoorusHouse ... Mula kerja memasang dinding simen board KoorusHouse .. Always Right... Kite minum dulu...hehe Kerahan tenaga tentera2 semut@anak2 mengecat...hehe Kerja memasang drywall@gypsum board dan siling board KoorusHouse .. Cahaya malam menggunakan lampu solar.. Toilet konsep unfinished simen.. Loteng@bilik tidur KoorusHuose ... Dapur@pantry ...
Ulasan
Catat Ulasan