Berpuasa 7 Ramadan di KoorusHouse
Alhamdulilah dah seminggu kita jalani ibadat puasa, cuma bulan puasa ni kita santai-santai je la buat kerja-kerja DIY di KoorusHouse ni. Minggu ni kita layan indoor je la menyiapkan pintu kabinet dapur dan kabinet peralatan elekrikal. Awal pagi sementara cuaca redup boleh tanam pokok peria kata dan timun jepun. Ini pokok rock melon tanam kat polybag, nanti kita rambatkan kat pagar. Tanam pokok durian kampung, inshaa Allah nanti dah besar baru kita kahwin la. Alhamdulilah pokok anggur pun dah meriah keluar buah. Setakat ini dulu perkembangan KoorusHouse untuk kali ini, inshaa Allah ada akan bersambung lagi. Wassalam.